Saturday, January 15, 2011

Tahniah! Umno berjaya tarbiah MCA kenal tentang Islam

WarkahDaily – Sungguh hebat Umno ni yang dikatakan mewakili suara orang Melayu di negara ini (pemimpin Umno kata, bila dah Melayu, maka dia adalah Islam) kerana ‘berjaya mentarbiahkan’ rakannya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengenal tentang Islam sehingga suara azan yang berkumandang di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur ingin dihentikan.

Alangkah beruntungnya orang yang mengundi Umno sehingga Umno berjaya ‘mentarbiah’ rakannya dari MCA untuk ‘menghormati’ Islam. Dapat saham tu!

Menurut satu surat yang tersebar secara meluas dalam portal dan blog-blog, sanga jelas, orang yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park.

Menurut apa yang dilaporkan media baru, ahli MCA itu telah pun menulis surat secara rasmi kepada YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain sebagai membantah suara azan yang berkumandang di Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta pihak yang diutuskan surat bantahan itu menjelaskan situasi berkenaan samada mereka memberi respon kepada surat bantahan ahli MCA itu supaya merendahkan suara azan di masjid berkenaan. Baca seterusnya

http://warkahdaily.blogspot.com/2011/01/tahniah-umno-berjaya-tarbiah-mca-kenal.html(sini)

No comments:

Post a Comment