WarkahDaily – Sungguh hebat Umno ni yang dikatakan mewakili suara orang Melayu di negara ini (pemimpin Umno kata, bila dah Melayu, maka dia adalah Islam) kerana ‘berjaya mentarbiahkan’ rakannya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengenal tentang Islam sehingga suara azan yang berkumandang di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur ingin dihentikan.Alangkah beruntungnya orang yang mengundi Umno sehingga Umno berjaya ‘mentarbiah’ rakannya dari MCA untuk ‘menghormati’ Islam. Dapat saham tu!
Menurut satu surat yang tersebar secara meluas dalam portal dan blog-blog, sanga jelas, orang yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park.
Menurut apa yang dilaporkan media baru, ahli MCA itu telah pun menulis surat secara rasmi kepada YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain sebagai membantah suara azan yang berkumandang di Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta pihak yang diutuskan surat bantahan itu menjelaskan situasi berkenaan samada mereka memberi respon kepada surat bantahan ahli MCA itu supaya merendahkan suara azan di masjid berkenaan. Baca seterusnya
http://warkahdaily.blogspot.com/2011/01/tahniah-umno-berjaya-tarbiah-mca-kenal.html(sini)

Majlis berkenaan bermula sekitar jam 7 petang yang menyaksikan orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah oleh timbalan mursyidul am pas, Datuk Harun Din.
Selain Nik Aziz, tutut bersama adalah Anwar, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
“Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan Umno di Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di ribuan hadirin.
“Selangor dianggap mutiara bagi Umno. Mereka berkuasa di pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu Selangor. Nak pergi ke pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata Anwar.
"Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden Umno tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita.